berada di persimpangan

sejak akhir-akhir ini,saya mula dilanda seribu satu rasa.persoalan masa depan,persahabatan dan macam-macam lagi.Persoalan-persoalan seperti ini selalu sahaja hampir memadamkan semangat saya untuk terus menulis.maaf jika saya beremosi ketika ini.

sekarang,saya rasakan daya tolakan untuk saya terus menulis makin perlahan.saya tidak tahu puncanya.Untuk mencari puncanya jauh sekali menemui permulaannya.adakah blog ini akan berkubur ketika usianya baru 1 tahun 5 bulan?

Adakah perasaan sedih yang menumpulkan penulisan saya?Maklumlah ramai sahabat saya sudah hampir menamatkan pengajian.detik-detik bersama makin suntuk.Tawa mesra sudah sebati.Susah senang sudah mengerti.ketika skrol sudah di tangan dan perkerjaan melambai-lambai untuk dipeluk mesra,saya hanya terpencil di sini.

adakah blog ini akan terus menerima coretan daripada saya kelak?persoalan tentang hati dan blog akan bersama menongkah alam maya ini tidak ada jawapan pasti untuk ditentukan.sayu rasanya untuk melafaznya bahawa blog ini akan berada dalam mode hibernasi.Hibernasi mencari kembali hala tuju kehidupan.ruangan diariku adalah perjalanan hidup saya seharian yang dicatatkan di twitter. bolehlah ikuti saya di sana twitter

Selamat tinggal sahabatku,blog.saya akan merinduimu.

22
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari luahan notis
DISCUSSION 10 Comments

10 Responses to : berada di persimpangan

  1. Azman Ishak says:

    okeh… dari apa yang aku tengok kat sini,
    hang bukan hilang punca @ arah tuju dalam
    penulisan blog… tapi hang sebenarnya
    terlampau mengongkong cara hang menulis blog.

    tulis lah ape saje janji hang berpuas hati.
    lagi satu… jangan letakkan tarikh untuk menulis blog.
    macam aku kekadang sehari sekali, kekadang 2 hari sekali
    kekadang seminggu sekali pon ade.

    apa yang penting… untuk mengekalkan kesegaran blog hang,
    hang sendiri kene rajin mencarik bahan rujukan. tak semstinya
    orang lain citer pasal komputer contohnye… nko pon mesti
    melakukan perkara yang sama… atau mungkin nko jugak
    boleh membuat posting-posting yang agak sentimentel
    untuk menarik minat kengkawan membaca blog hang.

    atau dengan lebih tepat lagi, menulis novel-novel pendek
    pasal kesah hidup nko. apa yang berlaku sekeliling nko.
    nasihat aku… sekiranya nko rase tertekan dengan
    gaya dan penggunaan bahasa formal.. ade baiknye sekali
    sekala nko gunakan bahasa pasar untuk entri nko.

    hehehe… aku pon pernah alami perkara yang sama ketika dulu.
    saranan aku supaya nko menjadi diri sendiri… tak terlampau
    terikut dengan identiti penulis blog yang lain. mungkin depa
    terpaksa menggunakan bahasa formal diesebabkan blog mereka
    berbentuk ilmiah. jadi kene sesuaikan dengan keadaan la.

    kalau kite menulis berkisarkan ceriter peribadi… wel… pada
    pandangan aku ianya lebih nampak tulus kalau nko menggunakan
    bahasa pasar sebagai bahas pengantaraan dalam entri. lebih-lebih
    lagi kalau ianya entri emosi. kan nampak cam real tuh…

    ok.. ini adalah sedikit pandangan dari aku. kalau nak dapatkan
    info… bleh la merujuk ke blog-blog otaimer lain macam:-
    1. menteil.net
    2. justkhai.com/blog
    3. megat.net
    4. nokhtahhitam.com
    dan beberapa blog blog lain lagi..
    atau nko nak tengok entri yang agak gile-gile… sila la ke blog
    anak sedare blog aku iaitu:- anysz.terbaek.com @ deennasour.terbaek.com

    memang best meletop.. bahase yang digunakan memang hancorr
    abess… tapi aku enjoi membace.

    So selamat kembali kedunia BLOG….. hehehe~

    [Reply]

  2. abrar says:

    hanya bercuti mencari idea..blog hopping masih lagi berjalan.inilah komen terpanjang di sini sejak hampir 2 tahun blog ini berjalan.aku akan kembali!!ini janjiku

    [Reply]

  3. Qaiyum says:

    Tidakkk.. Jangan Meninggalkan Dunia Blog. Huhuhu..

    [Reply]

  4. Shaffik says:

    Aku pernah menghadapi situasi sebegini..Bila takder idea nak menulis aku pergi ke blog orang lain. Dan aku selalu lepak kat problogger dan blog john chow. Bila baca entri kat sana..semangat itu datang balik…

    [Reply]

  5. spatt says:

    salam singgah.first time dtg cni…
    kengkadang aku pun pening gak kepala ape mende yang aku nak tulis supaya org ske dtg blog aku…
    dgn masalah keje yg melimitkan kekerapan update aku…
    aku masih belajar lagi cmne nak buat content yg mantap…
    jom bro kite sama2 belajar..jgn la quit blogging dlu…

    [Reply]

  6. ixora says:

    Erm,believe me..perkara tu sedang berlaku pada saya. tu pasal saya tukar theme.. dengan harapan agar dapat mood menulis balik. sesungguhnya saya enjoy tulis blog di FOM tapi blog baru ni macam sekat penulisan saya.. taktau nak cakap macam mana..

    apa yang saya buat sekarang ni, tulis je merapu.. apa saya buat seharian.. apa saya fikir.. (tapi saya tak tulis sangat pun). hmm.. easier said than done. kan? ;)

    [Reply]

  7. Jaws says:

    apa kes nih bro?
    huhu..nih mesti sebb acdemic merosot..
    lek bro..
    aku pun cam ko gak..
    tapi yang penting bukan berapa dalam kita jatuh..
    tapi berapa tinggi kita naik semula selepas jatuh..
    bersemangat semula untuk bangun..
    susun kehidupan dengan baik..
    timing jaga..
    n pg kelas..
    pastu g release tension ng benda yg ko suka wat..
    wake up n try to be the best..
    jgn tggakan dunia blog..

    [Reply]

  8. abrar says:

    terima kasih sahabat…mungkin tidak lama saya bercuti..dalam minggu depan akan kembali menulis..jiwa blog makin kuat menarik saya balik untuk berblogging..nantikan kemunculanku

    [Reply]

  9. KNizam says:

    aku setuju
    jangan hadkan kreativiti berblog
    tuls je apa sahaja dulu
    nanti lama2 baru kita akan tahu niche kita. hehe :)

    [Reply]

  10. abrar says:

    masih lagi mencari niche..rasa-rasanya blog ni pasal apa ek..hehehe

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled