satu langkah kecil
Kita sudah meyambut dua tahun baru sama ada hijrah dan gregorian.sedar atau tidak sudah meningkat satu tahun dan semakin hampirnya hidup kita dengan kematian.Cukupkah amalan untuk menghadapinya? jadikan soalan ini sebagai muhasabah diri dalam beribadat.
dalam kesibukan hidup saya di kampus, pelbagai perkara perlu diambil kira dalam merencana kehidupan akan datang.Pelajaran memang penting akan tetapi perkara lain jangan dipandang enteng.Di kampus,sewajarnya kita perlu mencari sebanyak mungkin pengalaman yang tidak diajar di dalam bilik kuliah.
kini,saya dalam proses menulis di dalam bahasa Inggeris bagi menajamkan lagi kemahiran menulis saya.Saya akui saya amat jarang menulis di dalam bahasa Inggeris melainkan dalam menulis laporan makmal.sesuatu pekerjaan itu perlu dimulakan dengan langkah kecil.Jadi,saya mula mem”blog” di Feelitz. Di Feelitz,tema utama iaitu perkongsian masih lagi dikekalkan. Ia lebih banyak kepada fakta,ilmiah,humor dan sebagainya.
diharap agar langkah kecil ini membuahkan hasil.

abira abira …oi oii ingat neng lagik dak?
[Reply]
hai ..
cuak .. naper takut ker..??
heheheh
[Reply]
sapa ni?
[Reply]