Kebenaran dan kehidupan(edisi jumaat)
Dari kecil kita berkejaran dengan ilmu.Dari mengenal alif,ba,ta hinggalah hampir ke liang lahad. Kalimah tauhid disematkan ketika kecil.Begitu utuh sekali akarnya mencengkam jiwa.Dalam membuka pintu tanggungjawab,kalimah itu hampir hilang cengkaman.
kita mula sibuk dengan urusan seharian sehinggakan benda yang paling penting hilang dari diri kita iaitu makna hidup.Apa tujuan kita dicipta?Andai kita sudah dibentangkan buku amalan,barulah kita sedar tidak banyak yang kita lakukan sepanjang hayat kita.”ini sahaja yang aku lakukan di dunia?Alangkah ruginya aku”Keluhan sudah terlambat ketika itu.
Ilmu yang dicari adalah mencari kebenaran.Adakah ilmu itu benar isi kandungan dia?Mencarinya begitu sukar sekali.Mata sudah kabur akibat pelbagai pelakuan menutup pintu hati.Al-Quran dan sunnah sudah benar.Mengapa perlu dipertikaikan?Layakkah alasan itu untuk dibentangkan di depan Allah?Fikirkan dalam-dalam apabila hendak melakukan sesuatu.Renungkan.

Makna hidup – saya tafsirkan sebagai tujuan hidup. Kenapa kita dijadikan, untuk apa kita dijadikan? Itu kena tanya diri sendiri. Tepuk pahala, tanya iman….
p/s Kamu semakin matang dalam berblog. Tahniah!
[Reply]
Isi di atas hasil dari TOT(traing of trainer) Kupasan kepada tujuan hidup oleh Syed qutb.
Masih lagi mencari cara sendiri untuk berblog.Terima kasih Bro Azhar atas komen yang membina
[Reply]
betul kata abg azhar.tujuan hidup itu yang kita patut tanya diri sendiri.
tapi kalau tanya tujuan kita hidup,mesti ramai yg masih tak tahu,
cukup ke tidak amal ibadat kita kan? wallahualam.
[Reply]