sahabat
sudah lumrah alam sesuatu yang di atas akan jatuh jua ke bumi.Bintang-bintang akan luruh juga apabila sampai masanya.Tiada satu pun terlepas dari berubah kecuali Yang Maha Esa.Akan tiba juga di mana kawan menjadi lawan.Racun berbisa berupa hasad dengki dilempar tanpa mengenal rakan atau lawan.Sesalan dan penderitaan sudah tidak dapat dielakkan.Kepuasan di hati menjadi keutamaan.Mahligai persahabatan hancur berderai ketika dua hati tidak lagi sehaluan.
Sahabat ketika senang ramai sekali.Ketika diri dilanda seribu satu kemelut tiada seorang pun yang datang menghulur bantuan kemanusiaan.Dibiarkan terkapai-kapai lemas dalam lautan masalah.Andai tidak bertegur mulalah mencemuh.Dilemparkan kesombongan ke muka kita.Ketika diri kita senang,dilambungnya kita setinggi langit dan bila kita jatuh ke bumi, dibiarkan kita jatuh ke jurang penuh dengan ranjau.
Kepercayaan dalam persahabatan umpama lesen untuk merompak rakannya.Pantang sahaja ada peluang,mahu sahaja dia membaham diri kita seperti harimau di zoo,sudah diberi makan masih lagi mahu memakan kita.Dalam persahabatan ini,jangan berikan 100% kepercayaan terhadap sahabat kita.Tinggalkan sedikit perasaan was-was.Ini bukan prejudis tapi langkah waspada kerana ragam manusia tidak dapat diduga geloranya bukan seperti sekilas ikan di air tahu jantan atau betina.
Mata hati dan mata zahir perlu juga diguna dalam menerobos muslihat mereka.Carilah sahabat yang boleh bersama kita tanpa mengira susah dan senang.Andai si dia tidak mahu bersahabat dengan kita,jangan bersedih kerana masih ramai lagi orang di luar sana yang mungkin lebih baik dari si dia.Sampai bilalah dia mahu membangga diri?Lagu yang sedang asyik dimainkan di corong-corong radio tidak akan selamanya berada di dalam carta.Nah,sudah ternyata tiada satu yang dibanggakan akan kekal melainkan amalan kita yang hendak dibawa ke kubur.
Lawan jangan disangka musuh dan kawan jangan disangka teman.Sudah lama manusia hidup di muka bumi ini.Pelbagai ragam manusia telah tercoret di lipatan sejarah.”Ku harapkan pagar,pagar makan padi” satu pepatah yang sudah lama wujud menggambarkan situasi bila sesuatu kepercayaan dikhianati.Lawan jangan disangka musuh bermaksud seseorang yang kita musuhi akan memberitahu kita tentang kelemahan.Dalam keburukan pasti ada kebaikan.Sahabat baik jangan disangka teman kerana mereka juga ada agenda masing-masing.Di depan kita pijak semut pun tidak mati tetapi dibelakang kita hanya tuhan sahaja yang tahu.
Akhir kata,telitilah sahabat kita sehabis baik kerana hati manusia sukar untuk diduga geloranya.
Akhirnya paper killer sudah berlalu pagi tadi.fuh..lega sekali

biasalah lumrah dunia
bila senang ramai kawan
bila susah macam duduk dlm hutan..
kawan ketawa ramai. tak panggil pun datang..
kawan menangis…. dlm seribu nak dapat satu pun susah
bila susah baru kita tau mana kawan mana lawan
[Reply]
maaf lambat jawab…kawaii desu..saya gak sibuk kebelakangan ini.masih dalam pencarian kehidupan..pelbagai perkara yang perlu diselesaikan..buat masa ini sudah selesai separuhnya.gelora yang kuat sudah tenang.
[Reply]
erm, aku punyai istilah sendiri mengenai sahabat. apa yang disampaikan disini bagi aku lebih kepada soal pemilihan kawan.
[Reply]