lama menyepi

maaf semua kerana Dari hati ke blog bercuti agak lama..rasanya 2 bulan tiada post yang terkini..masalah ketandusan idea datang melanda.rasanya sudah ranap dihempap kebuntuan.semua itu terlerai sudah.kekotoran sudah dicuci.masa lapang kini menjadi teman semula. di sini saya lampirkan sekali sambungan monologku iaitu anak jalanan.

sekadar santapan minda

Seringkali di bangku sekolah,diriku selalu sahaja duduk di tepi padang merenung ke dada langit.Ribuan permata berkilauan di dadanya.Cukup indah susunan hinggakan orang terdahulu mula menamakannya mengikut imaginasi masing-masing.Lain tempat lain namanya.

Akan tetapi pandangan itu tidak sama lagi.Mataku masih lagi di dada langit akan tetapi fikiranku di tempat lain.rakan-rakan yang sebayaku sedang sibuk memikirkan perkara yang hendak dilakukan di hujung minggu maklumlah sekolah asrama bukan selalu dapat keluar ke pekan.Bagiku semua itu tidak penting lagi.Renunganku ke dada langit itu seperti renungan sahabat-sahabatku yang duduk melepak di tepi jalanan.Duduk bersahaja menghabiskan masa.Diriku begitu simpati dengan mereka kerana tanpa usul periksa mereka ditangkap dan dipukul atas alasan mereka adalah persalah sosial.

Mereka dilayan begitu teruk sekali.Bagi mereka kemanusiaan itu sudah lama hilang.namun,jauh di lubuk hati kecil mereka,mereka dambakan kasih sayang dan perhatian.Mereka juga mahu disayangi oleh orang lain tapi apakan daya semua itu hanya seperti istana pasir di tepi pantai yang kekal sebelum dihempas ombak.Mereka semakin hanyut tanpa bimbingan.Kita seringkali memandang serong kepada mereka.Kini mereka adalah anak-anak jalanan yang disingkirkan oleh masyarakat ke jurang yang amat dalam.Sukar sekali untuk mereka untuk kembali ke permukaan lagi.

Lorong-lorong sepi sudah menjadi teratak mereka berlindung dari cemuhan masyarakat.Di teratak itulah mereka dijangkiti penyakit yang sukar diubati.Kewarasan dan kemanusiaan sudah lama tewas.Benteng terakhir mereka sebagai insan lenyap.Hanya yang ada kekosongan di jiwa mereka.Tawa riang di tepi jalanan cuma lakonan sahaja.Duduk bersahaja di kerusi panjang merenung orang yang lalu-lalang simbolik sahaja.Mereka sedang mengemis perhatian masyarakat.

Ragam manusia sukar untuk diduga.Sikap ingin tahu menjerumus mereka ke lembah yang tidak boleh berpatah balik lagi.Arak dan zina sudah menjadi perkara biasa.Inilah kesan apabila Pencipta dilupakan hanya semata-mata untuk mengejar keseronokan yang sementara.Hidup mereka tidak ubah seperti musafir yang sesat di padang pasir menyangkakan fatamorgana itu oasis.Para ustaz galak berceramah di masjid sampai bergegar mimbar dengan semangatnya.Lantang dan tegas.Elok semangatnya akan tetapi masih lagi ada anak jalanan di luar sana.Anak jalanan tidak mahu ke masjid yang sudah lama menyisih mereka.

Rasulullah s.a.w sendiri melayan dengan baik musuh baginda ketika dia datang ke rumah.Aisyah bertanya kepada rasullulah s.a.w,”mengapa begitu baik sekali dirimu melayan dia sedangkan dia adalah musuhmu?”

“Tidak perlu untukku membuang kebaikanku semata-mata kejahatannya”

maaf ya entri kali ini penuh dengan simbolik

10
Oct 2008
POSTED BY admin
POSTED IN luahan
DISCUSSION 2 Comments

2 Responses to : lama menyepi

  1. Qaiyum says:

    Uish.. Maksud Mendalam Nie..

    [Reply]

  2. abrar says:

    sempena adik-adik kita yang berada di lorong-lorong sepi

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled