Lemah sekali

kadang-kala kita sering mengharapkan sesuatu realiti menjadi ideal.dengan maksud lain menjadi sempurna.ketahuilah bahawa semua itu hanya perancangan kita sahaja.Perancangan yang belum tentu berjaya.Perancangan-Nya mengatasi segala-galanya.

Hidup tanpa dugaan tiada makna.Tiada kemanisannya.Ketenangan kita yang cuba kita capai bukannya selalunya mudah.Penuh onak dan ranjau yang sentiasa menduga kita.Kita seringkali tersungkur di pertengahan jalan.Tapi pernahkah kita merenung kembali sebab apa kita tersungkur sekali lagi.Adakah silap orang lain?Bukan.Semua itu cuma alasan untuk menutup keaiban diri.

Terasa lemah sekali diri ini apabila ditimpakan dengan dugaan yang menggugat keimanan.dugaan yang kecil berbanding para anbia yang penuh derita menanggung dugaan.kita selalu menyalahkan dugaan yang datang itu musibah bukan nikmat.Kita tidak menyedari bahawa dugaan yang datang itu merupakan rahmat buat kita.Sebagai contohnya,sakit.Ketahuilah bahawa ketika sakit setiap dosa kecil yang kita lakukan gugur bagaimana peluh kita menitis jatuh ke bumi.

Maaf ya sahabat.Hari ini merupakan hari yang sangat berat buatku.Lemah tidak bermaya seperti mentol harapan dicabut dari soket kehidupan.Mungkin diri ini akan bersendirian untuk muhasabah diri.Pemergianku untuk 2 bulan ini untuk mencari kembali diriku yang telah lama hilang.sesat dalam kegelapan kehidupan.

18
Apr 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 6 Comments

6 Responses to : Lemah sekali

  1. Azhar Ahmad says:

    Saya selalu rasa camtu. kamu tahulan, ada hari saya tak larat, ada hari yang saya jadi super human. Hahahha. Jadi, cuba sentiasa istighfar, mohon ampun… Kita ni pelupa. Kadang2 kita tak tahu pula apa yang kita dah buat silap…

    [Reply]

  2. abrar says:

    terima kasih abang azhar..lgpun dekat sini dah abis exam..itu yang pergi bercuti..nanti lagi 2 bulan nanti saya datang lawat blog abang azhar k..

    [Reply]

  3. kawaii_desu says:

    relax2 jgn cuak ok huu

    [Reply]

  4. Anysz says:

    sabola yek..hikhik

    [Reply]

  5. Qaiyum says:

    Ni Kes Kurang Vitamin C Kot? Hehe.. Apepun Carilah Kembali Semangat Itu. Kerana Diri Tanpa Semangat Umpama Cerita Korea Tanpa Subtitle..

    [Reply]

  6. PeneRockers says:

    Sabar sahabat.Life full of unpredictable

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled