cinta?
Mungkin ada yang pernah membacanya di mana-mana forum atau blog.sekadar untuk berkongsi
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuahbangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :
“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

awat la hang punyer security word ‘tembam’. perli cek ka? hehe
anyhow, cinta tu subjektif. org kata jgn cinta kerana harta dan paras rupa. tp yang itu jugaklah org skrg carik. haaihh ~
[Reply]
xda la kema.cek bukan nak perli cek..Yang tu adar punya kerja..
betul..sekrang ni cinta ni macam barang..dijualbeli..
[Reply]
wah! syahdunya.. rasa2nya isteri dia sedar dari koma x pastu?
[Reply]
yang tu..x pasti.
[Reply]
pergkhhhhhh… jiwang gilerrrrr
[Reply]
ntah la abg azhar,sekarang ni dah masuk mood jiwang lak time exam ni
[Reply]
sungguh mendalam
[Reply]
cerita ini sungguh bermakna..cinta itu hadir melalui hati yang ikhlas, bukan sebab paras rupa dan sebagainya..
[Reply]
wah best2…
hehe..mampos pompuan tu pikir pasal sbb tu..
hehee
[Reply]
hehehe..biasa la..bila benda ada kat depan tak dihargai..bila dah tiada barulah nak cari balik..
[Reply]
ermm…
walaupon aku dah baca byk kali..
tapi ttp ada sentimental dia..
aduss!!
kantoi kejiwanganku…
[Reply]
Huhu.. Tula.. Cinta Tidak Perlu Dibuktikan. Cukuplah Sekadar Merasai Nikmat Dan Kebahagiaannya.
[Reply]
siot je dapat mamat macm ni
kejissss~
[Reply]
terharunya cte ni..mmg cinta tak perlukan sbb
asalkan dpt merasainya
[Reply]
baru baca cite ni,,,,susah kan nk cari org2 yg betul2 bley bwk kita mean nk cari suami bkn utk dunia je..yg bley bimbing kita…n so on
[Reply]
memang best citer ni….
leh jadi pengajaran bahawa cinta hadir dalam hati dengan ikhlas bukan ada sebab apa2.
[Reply]