monologku lagu alam
Sedang asyikku menikmati keindahan alam di luar rumah,Najmi menghampiriku.
“Ayah buat apa kat luar ni?”
“Ayah saja nak duduk berehat kat luar ni.sesak nafas duduk kat dalam rumah.”
“Erm..Mie selalu tengok ayah duduk termenung je kat sini.Ayah tak boring ke?”
“Tak adalah mie.Ayah suka duduk kat sini.Aman dan amat menyegarkan.Cuba mie duduk sini.Apa mie dengar?”
“Erm..bunyi burung,air terjun, dan memacam lagi.mengapa ayah tanya mie soalan ni?”
“Adalah..rasa best tak duduk kat sini?”
“Best..Mie rasa tak tension.rasa nak duduk lama kat sini.Mengapa ya?”
“Mie suka dengar lagu nasyid kan?”
“Ha’ah.Mie suka sangat.Tambah lagi kalau dari kumpulan Firdaus”
“Macam tu juga alam ini.Alam ini ada lagunya.Bezanya kita tidak memahaminya.Setiap bunyi alam yang kita dengar itu adalah zikir kepada Allah.”
“Zikir?Macam mana tu ayah?Mie tak fahamlah.Cuba ayah terangkan.”
“Begini Mie.Lepas solat,kita rasa tenang atau tension?”
“Erm..rasa macam tak ada masalah.tak tension.”
“Begitulah alam ini.Setiap benda di alam ini berzikir kepada Allah.Bunyi alam yang kita dengar ini adalah lagu kepada roh kita.Roh kita ini suka kepada zikir.Itulah alasannya kita rasa tenang bila kita duduk di sini.Samalah macam kita lepas solat.Lepas solat kita wirid dan zikir kepada-Nya.Habis wirid,Kita rasa tenang je.Sambil itu dengan melihat alam, kita lebih dekat Allah.Bila kita nak buat salah atau dosa,kita renung sekeliling.Ada batu.Batu tu sedang berzikir.Nak ke kita buat dosa depan dia? Samalah macam orang tengah dengar ceramah,tiba-tiba ada orang nak kencing kat situ.Malu tak orang yang nak kencing tu? ”
“Oo..begitu rupanya.Baru mie faham.”

maner ek dapat citer2 mcm ni?
reka sendiri or copy paste
pastinye,haru dengar citer camni
[Reply]
citer buat sendiri.hhehehe
[Reply]
allo… salam ziarah
baguslah cerita nak muahsabah diri
[Reply]
salam ziarah kawaii_desu..nanti saya datang lawat blog anda..
[Reply]
Suka saya dengar cerita ni…. Macam keadaan di rumha … Rindu mahu balik kampung…
Anda adalah penerima Anugerah Frekuensi Komentar tertinggi Teratak Nurani Bulan Mac 2008. Check it out!!!! http://azharahmad.com/blog/2008/04/01/bluehippo-menari-menari-tentu-comel-bukan/
p/s Emel kamu saya sudah terima!
[Reply]
terima kasih abang azhar..
[Reply]